Spyshot : Nissan NP300 Navara sedang diuji di Malaysia

By  |  0 Comments

Navara_spyshot_2

Team Paultan.org sempat merakamkan foto spyshot Nissan NP300 Navara, malam tadi di Lebuhraya DUKE. Adakah ia menandakan detik pelancarannya untuk pasaran Malaysia semakin hampir? Harapnya…ya.

Melihat kelibatnya dengan lebih dekat, kelihatan logo 4WD telah ditampal di sisi bahagian kargo. Malah bahagian pintu hadapannya tertera ‘2.5 DDTi VGS Turbo’. Ia seakan memberikan petanda, Navara ini bakal ditampilkan dengan penjana kuasa 2.5 liter YD25 turbodiesel. Secara asasnya ia menampilkan satu enjin bersama dua talaan iaitu 161 hp pada 3,600 rpm dan 403 Nm pada 2,000 rpm. Sementara satu lagi talaan mampu menghasilkan 188 hp dan 450 Nm.

Manakala pengecas turbonya digerakkan secara elektrikal. Malah transmisinya juga hadir dengan dua pilihan iaitu manual enam-kelajuan atau automatik tujuh-kelajuan.

Navara_spyshot_1

Sistem 4WD Navara ini juga boleh ditukar sewaktu dalam pemanduan. Turut difahamkan, model bagi spesifikasi Malaysia juga bakal disokong dengan gandar ‘five-link live’ bagi suspensi belakang (pertama dalam segmen) dengan leaf springs masih disertakan. Selain itu, Navara ini juga turut dilengkapi dengan corong penghawa dingin belakang.

Telah dilancarkan di Bangkok pada Jun tahun lalu, kita nantikan sahaja bilakah Navara ini bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan pula.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *