Projek rel LRT3 Bandar Utama-Klang – Laluan & nama stesen telah didedahkan

By  |  1 Comment

lrt-depot-e1431669075164

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang akan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan kos bernilai RM9 bilion bakal dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

Menurut Prasarana Malaysia Bhd., LRT3 ini akan digabungkan dengan pengangkutan sedia ada dan akan datang dengan cadangan jajaran projeknya bermula di Bandar Utama, Damansara dan berakhir di Johan Setia, Klang.

LRT3-proposed-route-map

Prasarana Malaysia Bhd. telah mengumumkan 25 stesen yang dirancangkan, di mana ia dicadangkan berjarak kurang daripada dua kilometer antara satu sama lain. Malah ia juga mempunyai satu stesen bawah tanah dan 10 stesen daripadanya dengan kemudahan parkir.

Stesen yang melibatkan pertukaran tren adalah termasuk stesen Bandar Utama MRT (jarak 250 meter), Stesen 3 di LRT Kelana Jaya (100 meter), stesen KTM Pelabuhan Klang (450 meter) dan dua stesen yang melibatkan lokasi berhampiran SIRIM dan Stadium Shah Alam bagi KL-Klang BRT.

Selain itu, penjajaran laluan sejauh 36 km turut bakal dilaksanakan pada suku keempat tahun ini. Ia bakal melibatkan
kawasan sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Kelana Jaya, Masjid Jamek dan stesen LRT Pasar Seni.

LRT3-Line-integration-map

Berikut merupakan nama stesen yang telah didedahkan :

1) Stesen One Utama
2) Stesen Damansara Utama
3) Stesen Tropicana
4) Stesen Lien Hoe
5) Stesen Dataran Prima
6) Stesen Persada Plus
7) Stesen Station 3
8) Stesen Temasya
9) Stesen Glenmarie
10) Stesen Grand Sentral Stadium
11) Stesen Persiaran Hisamuddin
12) Stesen Section 4
13) Stesen Sirim
14) Stesen UiTM
15) Stesen I-City
16) Stesen Bukit Raja
17) Stesen Kawasan 17
18) Stesen Jalan Meru
19) Stesen Klang
20) Stesen Taman Selatan
21) Stesen Sri Andalas
22) Stesen Tesco Bukit Tinggi
23) Stesen Aeon Bukit Tinggi
24) Stesen Bandar Botanik
25) Stesen Johan Setia

Projek yang dijangka siap pada 31 Ogos 2020 itu akan memanfaatkan dua juta pengguna sepanjang penjajaran itu yang akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia di Klang menjelang 2025.Ia mensasarkan lebih kurang 70,000 pengguna setiap hari.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *