Toyota & Mazda meterai perjanjian usaha sama – Mahu menghasilkan kenderaan terbaik

By  |  0 Comments

Mazda-Toyota

Dua syarikat pengeluar gergasi jenama kenderaan terkemuka dari Jepun iaitu Toyota dan Mazda telah memeterai perjanjian usahasama bagi menghasilkan “kenderaan yang lebih baik”.

Menganggap perjanjian ini adalah bagi usaha sama dalam jangka masa yang panjang, pada peringkat awal ini, kedua-dua syarikat berkenaan akan duduk bersama bagi membincangkan kekuatan dan kelemahan masing-masing bagi menjayakan usaha sama ini.

Melalui usaha sama ini, difahamkan Mazda akan menerima kelebihan daripada Toyota bagi teknologi plug-in-hybrid dan fuel-cell. Manakala Toyota pula bakal menggunakan teknologi enjin Skyactiv yang efisien itu.

Menurut Presiden Toyota, Akio Toyoda, kerjasama yang dijalin ini adalah hasil visi yang sama dan kemampuan untuk bergandingan di dalam menghasilkan kenderaan yang lebih baik.

Manakala Presiden dan CEO Mazda, Masamichi Kogao juga turut berkongsi pendapat, “Saya mengharapkan kerjasama ini dapat menghasilkan kenderaan yang lebih baik. Malah kami juga boleh meningkatkan nilai bagi sesebuah kenderaan, di samping menambah baik keupayaan pembuatan kenderaan kedua-dua jenama ini.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *