PDRM buru pesalah trafik menerusi Ops Warta mulai minggu depan

By  |  0 Comments

SpeedTrap2

Awas bagi semua pesalah trafik! Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Operasi Waran Tangkap (Op Warta) bermula minggu depan terhadap individu yang belum menyelesaikan waran tangkap dan saman.

Menurut Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, pihaknya sebelum ini memberi tempoh dua minggu kepada orang ramai untuk tampil membayar saman mereka yang tertunggak, laporan Bernama.

“Masih terdapat sebilangan besar yang belum mengambil langkah menyelesaikan waran tangkap dan saman mereka. Sehingga semalam hanya 18,260 saman yang berstatus waran tangkap telah diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, bermula minggu depan polis trafik akan mengesan, menangkap selain mendakwa pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap.

Mohd Fuad juga berkata, sekiranya mereka tidak memberi kerjasama sepenuhnya, prosedur tangkapan akan dibuat termasuklah tindakan untuk menggari pesalah.

Pilihan untuk membayar atau tidak adalah hak setiap individu dalam tempoh tiga hari ini, namun mulai minggu depan pilihan ini sudah tidak ada lagi,” sambungnya lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *