Lembaga Lebuhraya nafi kadar tol naik Ogos ini

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Ekoran artikel yang disiarkan oleh laman web Free Malaysia Today Selasa lalu yang bertajuk ‘Kadar Tol Naik Ogos Ini?’, semalam pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menafikan perkara ini.

Menurut Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh, sehingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah, buat masa ini, tiada sebarang perubahan harga tol bagi semua lebuh raya dan masih kekal pada kadar biasa.

Selasa lalu, laman web terbabit mendakwa melalui laporannya, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan harga tol antara 50 hingga 100% mulai Ogos ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *