Audi tayang model konsep Prologue Allroad di Auto Shanghai 2015

By  |  0 Comments

Audi-Prologue-Consept-2

Jika di Geneva Motor Show bulan lalu, Audi menayangkan model konsep Prologue Avant, di Auto Shanghai 2015 pula menjadi giliran bagi Prologue Allroad.

Umpama previu kepada model akan datang bagi A6 allroad quottro, model konsep ini tampil lebih bergaya dengan suspensi yang telah dipertingkatkan.

Malah rekaan di dalam kabin turut diilihamkan sedikit daripada model konsep sebelumnya namun telah ditampilkan dengan skrin paparan sesentuh bagi menggantikan butang fizikal, sekali gus menjadikan bentangan dalaman yang lebih kemas.

Kedua-dua model konsep berkenaan menggunakan plug-in hybrid sebagai penjana kuasanya, namun Avant dipadankan dengan enjin 3.0 TDI, manakala Allroad pula mendapat unit 4.0 TSI turbo-berkembar. Turut digabungkan dengan motor elektrik yang bekerjasama dengan kotak gear tiptronic lapan-kelajuan. Ia memberikan wagon bersaiz 5,13 meter ini kuasa sehingga 734 PS dan tork setinggi 900 NM bagi Allroad. Berbanding Avant yang hanya memiliki kuasa sehingga 455 PS dan tork 750 Nm.

Audi-Prologue-Consept-14

Model konsep Prologue Allroad ini boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat. Malah pek bateri lithium-ion 14.1 kWh yang dipasang di bahagian belakang model konsep ini mampu bertahan sehingga 54 km.

Kemungkinan besar, model konsep Prologue Allroad ini bakal diproduksikan pada tahun 2018, atau lebih awal dari yang dijadualkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *