Volkswagen Scirocco GTS bakal muncul di Auto Shanghai 2015

By  |  0 Comments

Volkswagen-Scirocco-GTS-2015-6

Auto Shanghai 2015 yang bakal berlangsung minggu ini pastinya menjadi platform untuk kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dunia memperagakan model konsep, baharu atau pun yang diperbaharui (facelift).

Ini termasuklah Volkswagen yang turut mengambil tempat bagi memperkenalkan model facelift bagi Scirocco GTS yang hadir dengan kuasa ekstra sebanyak 10 PS berbanding model sebelumnya.

Volkswagen-Scirocco-GTS-2015-3

Dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder, kini Scirocco GTS memiliki kuasa sehingga 220 PS, sama seperti Golf VIII GTI. Enjin ini turut dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau pilihan DSG enam-kelajuan yang membolehkan jentera coupe ini dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 6.5 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 244 km/j (246 km/j dengan transmisi manual).

Selain mengalami pertambahan kuasa, Scirocco GTS ini turut ditampilkan dengan rim aloi Norwich bersaiz 18-inci dengan rekaan baharu (atau pilihan rim Lugano bersaiz 19-inci), kaliper brek berwarna merah dan pakej luaran R-Line dengan bampar penuh bergaya, side sill, spoiler bumbung dan peresap belakang.

Ia turut menampilkan enam pilihan warna iaitu Flash Red, Pure White, Oryx White, Urano Grey, Indium Grey dan Deep Black.

Pada bahagian kabinnya pula, garisan utama berwarna hitam dan roda stereng sport dengan kekemasan merah serta hitam pekat bersama logo GTS menjadi tarikan utama. Malah ia turut dilengkapi dengan sistem hiburan Composition Colour, pedal penukar gear keluli, tombol gear berbentuk bola golf dan pakej kekemasan krom.

Dengan penambahan kos, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tempat duduk kulit upholstery berwarna hitam, lampu utama bi-xenon, bumbung panoramik dan juga roda stereng pelbagai-fungsi baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *