ETCM umum Pusingan 2 Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan

By  |  0 Comments

UEFA Range Ad_TheStar

Hujung minggu lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan Pusingan 2 Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan. Ia menawarkan peluang memenangi perjalanan yang dibiayai sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA kepada para pelanggan yang membeli kenderaan Nissan sepanjang bulan April.

Perlawanan akhir tersebut bakal berlangsung pada 6 Jun 2015 di Olympiastadion Berlin, Jerman.

Pusingan 1 kempen itu berakhir pada Mac apabila tiga pemenang bertuah memenangi perjalanan yang dibayar sepenuhnya untuk menonton perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA di Eropah.

Para pemenang itu ialah Mohd Nazar Rebin yang membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L A.T dan Mohamad Hafizzudin Zulkefli baru sahaja memiliki sebuah Nissan Almera 1.5E A.T. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Ariffin Japri yang membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L A.T.

ETCM turut menawarkan pelanggan yang membeli kenderaan Nissan pada bulan Mac dalam Pusingan 1 dengan satu lagi peluang. Ini kerana mereka yang tidak menang akan dimasukkan ke dalam senarai Pusingan 2 secara automatik untuk peluang memenangi tiket menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “ETCM menawarkan Pusingan 2 Kempen Liga Juara-Juara UEFA Nissan dan ia pastinya lebih mengujakan kerana para pelanggan berpeluang memenangi perjalanan yang dibiayai sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan akhir di Eropah.”

Sambungnya lagi, Nissan juga menawarkan promosi-promosi hebat ke atas model Nissan sepanjang bulan ini. ETCM melihat kempen ini sebagai satu cara untuk membalas sokongan padu yang diterima daripada rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Nissan Teana25

Untuk menambah keterujaan kempen ini, ETCM turut memberikan banyak tawaran dan promosi menarik ke atas model-model terpilih Nissan seperti Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina, Almera Nismo dan Nissan X-Trail serba baharu yang baru sahaja dilancarkan.

Antara promosi yang paling menarik ialah kempen RM1.00. Para pelanggan hanya memerlukan RM1.00 untuk membeli pakej NISMO Aerokit untuk Almera, IMPUL Aerokit bagi Grand Livina atau pakej IMPUL Aerokit untuk model Sylphy. Dengan harga RM1.00 yang sangat rendah itu, pelanggan juga boleh mendapatkan paparan Navigasi Multimedia bersaiz lapan inci apabila membeli sebuah Teana atau X-Trail 2.5.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 juga layak untuk mendapatkan tempat duduk dibalut kulit dengan bayaran serendah RM1.00. Sebagai tambahan, Serena S- Hybrid dan Navara kini hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *