Institut memandu disaran serap GST bagi meringankan beban orang ramai

By  |  0 Comments

Driving-School-1

Menurut laporan Bernama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta institut memandu menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi meringankan beban orang ramai yang mengambil ujian memandu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata saranan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) institut memandu dalam membantu pelanggan mereka.

“Lesen memandu dan cukai jalan memang tidak dikenakan GST, cuma perkhidmatan yang disediakan oleh institut memandu yang dikenakan GST. Saya percaya langkah menyerap enam peratus itu adalah sebagai CSR mereka kepada calon-calon yang mengambil ujian memandu. Ketika ini terdapat 205 institut memandu di seluruh negara dan saya harap mereka dapat mengambil langkah itu dalam usaha membantu rakyat,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ismail berkata JPJ sedang dalam fasa akhir untuk menyediakan buku panduan ujian memandu dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

Beliau berkata selain buku panduan itu, soalan ujian bahagian 1 (ujian berkomputer) juga akan dibuat dalam bahasa Mandarin dan Tamil bagi memudahkan calon terutama warga emas yang tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Ia dijangka dapat disiapkan sebelum penghujung tahun ini dan ujian dalam pelbagai bahasa itu akan digunakan selepas siap sepenuhnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan terhadap semua institut memandu bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sindiket lesen L tanpa menduduki ujian berkomputer melalui sindiket ‘lesen terbang’ yang kini kembali aktif dalam kalangan warga asing.

“JPJ bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras sindiket berkenaan dan jika ada institut memandu yang didapati terlibat kami akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *