Mazda CX-5 GL versi CKD telah dilancarkan

By  |  0 Comments

CX5_GL__Ext_03

Selain mempamerkan model unit pemasangan tempatan (CKD) bagi Mazda 3, Bermaz Motor turut melancarkan Mazda CX-5 GL di Mid Valley Megamall mulai semalam sehingga Ahad ini. Ia juga merupakan unit CKD dengan memperkenalkan satu varian baharu yang lebih murah iaitu GL.

Pada dasarnya, CX-5 GL merupakan model 2.0 2WD spesifikasi-pertengahan bagi unit CBU, namun tidak menawarkan tempat duduk balutan kulit dan navigasi secara percuma. Jika pembeli mahukan tempat duduk balutan kulit, caj tambahan sebanyak RM2,900 akan dikenakan.

Selain yang itu, semuanya masih kekal sama, seperti enam pembesar suara, kamera undur, lampu utama dan bilah pengilap cermin auto, roda stereng balutan kulit, tempat duduk pemandu boleh laras secara elektronik, kawalan kelajuan, lampu kabus, enam beg udara dan juga kawalan kestabilan. Namun ia tidak menyertakan sistem kemasukan tanpa kunci dan juga lampu utama bi-xenon boleh laras dengan AFS, seperti mana yang ada pada unit CBU.

Dipasang di Kulim, Kedah, Mazda CX-5 GL ditawarkan pada harga atas jalan RM125,766 dengan GST tetapi tanpa insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *