Nissan X-Trail Hybrid dilancarkan di Jepun – 2.0L & 5-tempat duduk

By  |  0 Comments

nissan-x-trail-hybrid-japan-e

Nissan X-Trail Hybrid telah pun dilancarkan di Jepun. Model generasi ketiga T32 ini menerima padanan enjin MR20DD 2.0 liter dengan Intelligent Dual Clutch Control, motor ciptaan Nissan dengan sistem hibrid selari dua-klac.

Enjin ini mampu menghamburkan kuasa antara 147 PS pada 6,000 rpm dan tork setinggi 207 Nm pada 4,400 rpm dengan motor elektrik RM31 pula menambahkan lagi kuasa sehingga 41 PS dan tork 160 Nm.

Nissan turut mendakwa, penggunaan bahan api bagi SUV hibrid ini ini mampu tercatat sehingga 20.6 km per liter dengan tahap NOx serendah 75% dan emisi NMHC melebihi standard 2005 serta mempunyai pensijilan SU-LEV.

Dua klac pada sistem hibrid yang dikatakan bukanlah transmisi klac-berkembar. Di mana X-Trail ini menggunakan kotak gear Xtronic CVT. Dua klac ini merujuk klac antara enjin dan motor elektrik, dan klac antara motor elektrik dengan
Xtronic CVT.

nissan-x-trail-hybrid-japan-c

Ia membolehkan pacuan menggunakan kuasa elektrik dan pengecasan semula kuasa kerana motor elektrik boleh menyalurkan kuasa pada roda menerusi kotak gear sementara enjin konvensional tidak berfungsi.

Malah Nissan turut mendakwa bateri lithium-ion mampu mengecas dengan cepat, bagi membolehkan kawalan motor elektrik dan klac beroperasi dengan lebih lancar. Dan disebabkan kedudukan bateri tersebut, ruangan kargo hanya 400 liter, berbanding 550 liter bagi varian X-Trail bukan hibrid.

nissan-x-trail-hybrid-japan-l

Buat pertama kali X-Trail juga telah menampilkan NissanConnect Navigation System dengan sambungan telefon pintar (boleh memaparkan aplikasi telefon), dan Forward Emergency Braking pula merupakan aspek keselamatan standard yang diterapkan pada semua varian.

Untuk X-Trail Hybrid lima-tempat duduk ini, Nissan menawarkan varian 20X Hybrid 2WD, 20X Hybrid 4WD, 20X Hybrid Xtreamer-X 4WD dan 20X Hybrid Black Xtreamer-X 4WD di Jepun, dengan harga antara 2.8 juta Yen dan 3.2 juta yen (antara RM85k-RM97k).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *