Mitsubishi Outlander 2016 mencuri tumpuan di New York Auto Show

By  |  0 Comments

Mitsubishi-Outlander-2016-4

Mitsubishi Outlander 2016 telah pun tampil di New York Auto Show sebagai model facelift dengan menerima perubahan yang lebih signifikan.

Ia telah menerapkan imej “Dynamic Shield” pada bahagian hadapannya terutamanya dengan padanan gril yang lebih besar yang disambung pada lampu utama yang lebih langsing. Outlander 2016 ini juga menampilkan dapra baharu, bampar belakang yang dimodifikasi, lampu belakang LED dan rim aloi bersaiz 18-inci yang direka semula.

Mitsubishi-Outlander-2016-18

Perubahan gaya turut ditampilkan pada bahagian kabin dengan padanan roda stereng baharu, sistem hiburan yang diberi penambah baikan serta kekemasan berwajah baharu. Malah tempat duduknya juga telah dipertingkatkan dengan kualiti yang lebih tinggi.

Untuk pasaran USA, Outlander 2016 ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol. Pertama, enjin 2.4 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 166 hp dan tork 219 Nm. Sementara enjin yang lebih berkuasa turut ditawarkan iaitu 3.0 liter V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 224 hp dan tork setinggi 291 Nm.

Kedua-dua enjin ini juga digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan, malah empat-silinder itu turut bekerjasama dengan transmisi baharu CVT ini untuk menyalurkan “lebihan kuasa, prestasi, penukaran gear yang lebih memuaskan dan juga penghantaran tork yang lebih optimum”.

Outlander 2016 ini juga tampil dengan beberapa pembaharuan termasuk casis yang diberi penambaikan, suspensi yang ditala semula dan juga sistem stereng berkuasa elektrik baharu. Selain itu, tahap NVH juga telah direndahkan dengan menambah lapisan pelindung angin, cermin tingkap belakang yang lebih tebal, dan juga penambahan material penyerap bunyi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *