GST : Mazda turunkan harga untuk semua modelnya

By  |  0 Comments

Mazda2_Ext_03

Bermaz Motor turut mengumumkan harga baharu (tanpa insurans) sempena dengan implementasi GST untuk barisan model Mazda dalam pasaran, menyaksikan penurunan harga untuk kesemuanya.

Model Mazda 2 SkyActiv yang diimport sepenuhnya (CBU) kini berharga RM85,466.30, berbanding RM85,470 sebelumnya. Bagi CX-5 2.0 SkyActiv 2WD pula, ia RM7,000 lebih murah.

Manakala Mazda 3 Sedan Sedan 2.0 SkyActiv yang juga model CBU, kini RM3,000 lebih murah berbanding sebelum ini. Manakala Mazda 6 2.5 SkyActiv dan Mazda 8 2.3, masing-masing turun harga sebanyak RM2,500 dan RM2,000.

Dalam senarai harga yang dikeluarkan oleh Bermaz Motor ini, turut terpapar harga bagi model yang akan datang, Mazda 3 2.0 SkyActiv sedan dan hatchback, kedua-duanya versi CKD. Begitu juga dengan model facelift bagi Mazda 6 dengan varian sedan dan touring, di mana model CBU akan dilancarkan terlebih dahulu diikuti dengan model CKD pada penghujung tahun ini.

Mazda GST IK

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *