Mitsubishi Triton serba baharu mula dibuka tempahan pra-pelancaran – Harga antara RM71k hingga RM114k

By  |  1 Comment

All-New Triton teaser display in Mid Valley from 1-5 April 2015

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), bakal melancarkan model Triton serba baharu pada Mei Ini. Walau pun ada masa lagi sebulan sementara menantikan detik pelancarannya, MMM telah mula membuka tempahan pra-pelancaran untuk pikap ini.

“Generasi kelima Triton ini telah dibangun berdasarkan konsep “Trak Utiliti Pintar” dan kami percaya ia mampu menambat hati para pelanggan dengan rekaan baharu dan elemen yang dipertingkatkan. Triton baharu ini telah menetapkan standard terkini dan memiliki pelbagai elemen bertaraf kelas pertama sebagai memenuhi keperluan pada pelanggan. Kami mensasarkan harganya bermula RM71,000 hingga RM114,000,” ujar Won-Chul Yang, CEO MMM.

Triton baharu ini adalah model Import Sepenuhnya (CBU) dari hab produksi serantau Mitsubishi Motors Company (MMC) di Thailand. Seperti sebelumnya, para pelanggan boleh memilih varian berbeza bergantung pada kehendak dan bajet masing-masing.

Untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ia menawarkan lima varian dengan harga jangkaan (termasuk insurans dan GST) seperti berikut :

Triton VGT Adventure – RM 114,000
Triton VGT Automatic – RM 103,000
Triton VGT Manual – RM 97,000
Triton Manual – RM 87,000
Triton Quest – RM 71,000

Memilih penjana kuasa Mitsubishi yang telah dipertingkatkan untuk generasi baharu ini, termasuklah pilihan 2.5 liter VGT 4-silinder turbodiesel yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 178 PS pada 4,000 rpm. Manakala tork puncak dipertingkatkan daripada 350 Nm ke 400 Nm pada 2,000 hingga 3,500 rpm.

VGT atau ‘Variable Geometry Turbo’ yang diperkenalkan pada generasi sebelumnya, telah pun dipertingkatkan bagi menyalurkan kuasa yang tiada tandingan bersama pengecas turbo terkini. Di mana ia boleh memberi kuasa turbo dalam apa jua kelajuan. Malahan ia turut membantu meningkatkan lagi kuasa pendikit dan dalam masa yang sama memberi penggunaan bahan api yang efisien.

Antara elemen lain yang turut ditampilkan pada Triton serba baharu ini termasuklah penghidup enjin, kemasukan tanpa kunci, lampu utama Xenon HID dengan lampu nyalaan siang, penukar gear untuk kawalan manual pada transmisi automatik dan banyak lagi.

Selain itu, ia turut tampil dengan Zon berkembar penghawa dingin, 4WD Selector dengan kawalan shift-on-the-fly (4H, 4L atau 2H), sistem audio bersama skrin sesentuh dan kamera undur, serta banyak lagi.

Siri jelajah Triton baharu ini juga dianjurkan di lokasi terpilih pada tarikh berkenaan :

Mid Valley Megamall, KL (1-5 Apr)
Tesco Mergong, Alor Setar Kedah (6-12 Apr)
Sutera Mall, Johor Bahru (9-12 Apr)
Queensbay Mall, Pulau Pinang (15-19 Apr)
Aeon Kinta City, Ipoh (20-26 Apr)
East Coast Mall, Kuantan (23-26 Apr)
Suria Sabah, Kota Kinabalu (20 Apr- 3 Mei)
The Spring, Kuching (20 Apr – 10 Mei)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *