Lexus RX 2016 bakal muncul di New York Auto Show

By  |  0 Comments

Lexus_RX_2016

Sebelum mempertontonkannya secara rasmi di pentas gemilang New York Auto Show pada 1 April ini, Lexus telah menyebarkan imej teaser model RX serba baharu.

Perbezaan yang ketara jelas kelihatan berbanding dengan model yang masih ada dalam pasaran. Ia sangat ketara pada bahagian garisan bumbung yang lebih rendah, pemegang pintu yang lebih nipis dan gerbang roda dengan lapisan plastik. Sebelum ini Lexus telah memilih garisan bumbung yang lebih landai dan rekaannya banyak diinspirasikan daripada model NX.

Lampu belakangnya juga telah direka semula memberikan penampilan yang lebih sporty dan mantap. Manakala bentuk kerangkanya juga lebih anggun berbanding Lexus NX 2015. Cermin sisinya juga diposisikan sedikit tinggi dan skirt sisinya juga kelihatan lebih besar.

Walau pun perician teknikalnya masih belum didedahkan namun Lexus RX 2016 ini dipercayai akan menggunakan platform yang sama dengan Toyota Camry. Mungkin juga ia bakal dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 270 hp dengan padanan transmisi automatik lapan-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *