Peugeot 308 2015 sudah sedia terima tempahan

By  |  0 Comments

Peugeot Malaysia menerusi Nasim Sdn Bhd telah mengumumkan tempahan bagi Peugeot 308 2015 sudah pun dibuka mulai minggu lalu. Malah menerusi laman media sosial FB, Peugeot semakin agresif mempromosikan model ini yang dijangka bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

PEUGEOT-308-Teaser

Peugeot 308 yang pernah dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Eropah 2014 di Geneva Motor Show tahun lalu, dijanakan oleh enjin 1.6L THP 150 empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 165 Hp. Ia juga dipadankan bersama kotak gear Tiptronic automatik enam-kelajuan.

Selain itu, 308 serba baharu ini juga bakal dilengkapi pelbagai elemen terkini termasuklah enam beg udara, ESP, Kawalan Kelajuan Dinamik, Emergency Collision Alert dan Emergency Collision Braking.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci, lampu utama LED, lampu kabus, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, tempat duduk pemandu bersama fungsi urut, bumbung panoramik, sistem bunyi Arkamys dengan enam pembesar suara, zon berkembar penghawa dingin automatik serta skrin sesentuh bersaiz 9.7 inci.

Menampilkan lima warna pilihan iaitu Pearl White, Artense Grey, Mocha Brown, Rouge Red dan Nera Black, Peugeot 308 serba baharu ini dijangka berharga sekitar RM130k.

Peugeot 308 serba baharu

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *