Honda CR-Z generasi baharu mungkin akan diperkenalkan pada 2017

By  |  0 Comments

CR-Z20

Tahun lalu Honda mengesahkan bakal memberhentikan produksi bagi model CR-Z untuk pasaran Eropah dan pada awal tahun ini untuk Australia pula.

Namun baru-baru ini, terdapat sumber yang dipetik daripada laporan motoring.com.au, Honda sedang mempersiapkan generasi baharu bagi model CR-Z, untuk pasaran USA. Walau pun ada desas-desus yang mengatakan, pasaran USA juga bakal menamatkan riwayat CR-Z ekoran kelembapan jualan, namun ia masih belum ada kesahihannya.

CR-Z19

Laporan tersebut mengatakan, generasi kedua CR-Z ini sedang dalam peringkat ‘pembikinan’ di pusat R&D Honda di Tochigi Prefecture, Jepun.

Di mana model CR-Z sekarang yang sebenarnya hasil dari Jazz yang dimodifikasi, namun model baharu ini dijangka menggunakan platform yang sama dengan Civic generasi akan datang, tetapi memiliki jarak roda 100mm yang lebih pendek. Malay ia juga dikatakan lebih besar sedikit berbanding model sedia ada dan rekaannya pula banyak diilhamkan daripada model Civic Type R dan NSX.

Penjana kuasanya mungkin ‘diambil’ dari model Civic Type R tetapi versi talaan semula dengan enjin 2.0 liter empat-silinder yang mungkin boleh menghamburkan kuasa sehingga 286 Hp.

Untuk kepastian, kenalah nantikan pengumuman rasmi dari Honda sendiri.

Honda CR-Z 2015 Versi USA

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *