Peugeot 208 facelift tidak banyak perubahan – Bakal tiba di Malaysia tahun hadapan

By  |  0 Comments

Peugeot-208-5

Peugeot turut mengambil bahagian di pentas Geneva Motor Show dengan mempamerkan model facelift bagi 208. Biar pun tidak banyak perubahan yang dilakukan, namun sedikit sebanyak ia tetap memberikan kesegaran pada imejnya.

Bahagian hadapannya diberi penambah baikan termasuk memilih lampu utama dengan rekaan grafik yang berlainan serta gril yang turut dikemaskinikan. Selain itu, bahagian bampar turut diserikan dengan kehadiran lampu kabus baharu, sementara pada bahagian belakang pula kelihatan lampu LED dengan rupa 3D yang menyerlahkan lagi gayanya.

Peugeot-208-9

Apa lagi pertambahan yang membuatkan Peugeot 208 facelift ini lebih menarik? Ia hadir dengan sistem hiburan bersama skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci dan juga sokongan MirrorLink, roda stereng balutan kulit dan kekemasan papan pemuka yang diperkemaskinikan.

Lebih penting lagi, sempena dengan ulang tahun ke-30 GTi, bagi sesiapa yang mahu, Peugeot kini menawarkan model biasa dengan versi yang lebih sporty yang tampil dengan roda bersaiz 18-inci, suspensi yang lebih rendah, tempat duduk bucket, dan enjin 1.6 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 208 Hp.

Peugeot 208 ini bakal meluncur di pasaran pertengahan bulan Jun ini. Ia ditawarkan dengan enjin 1.0 liter PureTech (68 Hp), 1.2 liter PureTech (82 Hp & 110 Hp) dan 1.6 liter THP (165 Hp & 208 Hp). Untuk varian diesel pula, ia menawarkan enjin 1.6 Blue HDI dengan kuasa 75 Hp, 100 Hp dan 120 Hp. Bergantung pada pemilihan enjin, Peugeot turut menawarkan kotak gear manual lima- atau enam-kelajuan, selain transmisi automatik enam-kelajuan yang baharu.

Semasa pelancaran Peugeot Petaling Jaya baru-baru ini, Nasim Sdn Bhd turut mengesahkan model 208 facelift ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *