Jeep Wrangler Black Edition II macho!

By  |  0 Comments

Jeep-Wrangler-Black-EditionII-1

Melihat imej menerusi foto yang disebarkan…terdetik di hati…wow macho sungguh model baharu Jeep ini!

Bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show, Wrangler Black Edition II ini dijangka mula berada di pasaran Eropah pada musim panas ini. Model edisi istimewa ini dibangun berdasarkan model Wrangler Sahara dan menampilkan gril berwarna hitam, lampu utama dengan lingkaran hitam dan rim aloi bersaiz 18-inci juga dari warna yang sama.

Wrangler Black Edition II ini juga turut tampil dengan logo, penutup tayar dan penutup tangki bahan api berwarna hitam.

Jeep-Wrangler-Black-EditionII-2

Perubahan pada bahagian dalaman agak terhad namun Jeep berkata model ini akan dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit serta kekemasan berwarna hitam, sistem hiburan Uconnect dengan navigasi GPS.

Model ini juga akan didatangkan dengan pakej aksesori istimewa termasuk peralatan pelbagai-fungsi, beg kargo dan pelekat “Jeep Owners Group”.

Jeep turut menawarkan dua varian enjin bagi Wrangler Black Edition II iaitu 2.8 liter turbodiesel dengan kuasa 200 PS dan tork 460 Nm serta 3.6 liter Pentastar V6 (284 PS & 347 Nm). Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik lima-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq