Aston Martin Vulcan muncul dengan enjin 7.0L V12 & kuasa lebih 800 Hp!

By  |  0 Comments

Aston-Martin-Vulcan-1

Digambarkan sebagai “penciptaan yang paling menyeronokkan setakat ini”, ternyata kemunculan supercar Vulcan sangat berharga buat jenama Aston Martin.

Supercar yang hanya digunakan untuk perlumbaan di trek sahaja ini telah pun didedahkan oleh Aston Martin sementara menanti detik kemunculannya di Geneva Motor Show minggu hadapan.

Kelihatan begitu agresif, Vulcan diilhamkan dengan memiliki bahagian hadapan yang cukup menarik terutamanya pada bahagian hadapannya. Walau bagaimana pun, imejnya masih mempunyai tempias gaya model klasik Aston Martin yang terdahulu.

Memandangkan supercar ini dibuat untuk perlumbaan di trek sahaja, maka ia menampilkan struktur kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan kaliper perlumbaan Brembo dengan cakera karbon seramik bersaiz 380mm di hadapan dan 360mm untuk belakang.

Apa yang lebih menariknya, Vulcan ini dijanakan oleh enjin 7.0L V12 yang mampu menghasilkan kuasa melebihi 800 hp! Setakat ini Aston Martin masih belum mendedahkan spesifikasi lengkapnya namun mengesahkan enjin ini bakal dipadankan dengan transmisi berjujukan (sequential) enam-kelajuan.

Disebalik keperkasaan enjinnya, Vulcan juga menampilkan suspensi bespoke dengan peredam dan palang anti-olegan yang dilaras khas. Malah Aston Martin turut menerapkan sistem kawalan cengkaman dan ABS yang boleh dilaraskan oleh pemandu.

Aston-Martin-Vulcan-9

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Aston Martin, Andy Palmer, Vulcan disifatkan sebagai “supercar yang luar biasa dan sungguh unik” yang telah direka dan menjalani proses kejuruteraan yang berkeupayaan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa. Malah Vulcan juga merupakan “sportcar untuk pencinta sportcar sejati” dan “supercar mewah paling tinggi dalam kelasnya”.

Aston Martin turut mengesahkan hanya 24 unit sahaja yang akan diproduksikan dan pembelinya turut akan ditawarkan program latihan trek ekstensif termasuk bersama pelumba berpengalaman seperti Darren Turner.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq