Honda Jazz 2016 lebih versatil, sofistikated & tiada tandingan

By  |  0 Comments

Honda-Jazz-2016-1

Dijangka bakal tiba di Eropah pada musim panas ini, Honda Jazz generasi ketiga ini menampilkan gaya yang lebih menarik dengan mempertaruhkan elemen penuh versatil, sofistikated dan ruang dalaman yang tiada tandingan.

Honda turut mempertingkatkan aspek keselamatan yang lebih maju dan teknologi hiburan, termasuklah pengalaman pemanduan yang lebih efisien dan dinamik.

Jazz baharu ini telah dipadankan dengan ‘jantung’ baharu yang lebih berkuasa dan efisien iaitu enjin 1.3 liter petrol i-VTEC hasil Honda’s Earth Dreams Technology. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 102 PS pada 6,000 rpm. Enjin baharu ini turut dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan (bagi menggantikan unit manual lima-kelajuan) atau CVT semi-automatik.

Pengendaliannya juga lebih responsif dan berkarakter, hasil daripada casis baharu yang lebih ringan, mantap serta suspensi yang telah mengalami proses kejuruteraan semula.

Menggunakan platform segmen-B yang sama seperti mana model HR-V serba baharu, tangki bahan apinya terletak pada bahagian bawah tempat duduk hadapan untuk memberikan lebihan ruang pada tempat duduk belakang, bersesuaian dengan teknologi penuh inovatif Honda Magic Seat.

Honda-Jazz-2016-2

Jazz baharu ini juga lebih ringan dengan model yang ada sekarang. Bukan itu sahaja, komponen suspensinya juga lebih ringan. Menggunakan topang MacPherson pada bahagian hadapan dan palang H-type untuk belakang. Geometri baharu bagi suspensi bahagian hadapan juga ditampilkan untuk membekalkan lebih kestabilan dan kejituan pengendalian, membantu memberikan responsif yang lebih bagus untuk Jazz ini secara lebih tepat, natural dan mantap terutamanya ketika melalui selekoh.

Malah sistem peredam juga baharu bagi meningkatkan lagi pengendaliannya untuk keselesaan pemandu serta penumpang serta mengurangkan daya getaran yang tercetus dari permukaan jalan menyerap ke bahagian kabin.

Sistem stereng berkuasa elektrik juga baharu bagi memberikan maklum balas yang terbaik terhadap pemanduan.

Bukan itu sahaja, Jazz 2016 ini juga dikatakan memiliki ruang kabin yang lebih besar berbanding model sedia. Malah turut menawarkan sistem Magic Seats ® bagi keselesaan yang lebih jitu serta mempunyai konfigurasi yang pelbagai untuk membawa penumpang serta kargo.

Di mana saiz Jazz 2016 ini juga 95mm lebih panjang daripada bahagian luar dan jarak roda yang lebih panjang sebanyak 30mm, memberikan lebihan ruang pada bahagian tempat duduk penumpang termasuk ruang kaki, bahu dan kepala.

Bahagian butnya pula boleh dipertingkatkan sehingga 354 liter dengan tempat duduk belakang dalam keadaan biasa dan mampu mencapai 884 liter jika ia dibaringkan. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat secara nisbah 60:40 dengan beberapa konfigurasi bagi memaksimumkan ruang yang lebih luas.

Honda-Jazz-2016-3

Penggunaan material sentuhan lembut berkualiti tinggi pada bahagian dalaman telah mencetuskan ilham yang lebih sofistikated. Kehadiran skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci pada bahagian tengah papan pemuka dan sistem hiburan baharu Honda Connect termasuk menerapkan sistem operasi Android bagi kemudahan mengakses Internet.

Malah aplikasi Honda App Centre juga turut dipasang bagi membolehkan pengguna menggunakan navigasi Garmin dan sebagainya.

Skrin sesentuh Honda Connect juga memaparkan informasi kenderaan termasuk trip meter, bahan api dan masa perjalanan. Sebagai tambahan sistem ini juga boleh disambungkan pada telefon pintar dan beberapa peranti multimedia yang lain menerusi MirrorLink, WiFi, Bluetooth, HDMI dan USB.

Honda-Jazz-2016-4

Penampilan yang lebih segar turut mewarnai bahagian luaran Jazz baharu ini. Ia membawakan tema ‘solid wing’ pada bahagian gril dan lampu utamanya. Penampilan yang lebih berani jelas kelihatan dengan mempertaruhkan bentuk-X pada bahagian hadapannya, termasuk posisi lampu utama yang lebih rendah, dan ciri itu merentasi bahagian bonet serta garisan bumbung sehingga spoiler pada bumbung belakang.

Pada bahagian belakangnya pula, penampilan spoiler dan cermin belakang memberikan gambaran yang lebih estetika, sementara itu lampu belakangnya juga kelihatan lebih mantap.

Tidak melupakan bab keselamatan, Honda turut menawarkan pakej Advanced Driver Assist System yang mengandungi kamera dan radar berkuasa sederhana, sekali gus menyokong rangkaian teknologi keselamatan serba canggih baharu yang sedang diperkenalkan pada seluruh produk baharu Honda sepanjang 2015 ini.

Sistem ini termasuklah Intelligent Speed Assist, Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, Traffic Sign Recognition, dan High-beam Support System.

Honda turut menampilkan Sistem Brek Aktif seperti mana yang ada pada model City, untuk Jazz baharu ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *