Hyundai Elantra GT 2016 mengambil tempat di Chicago Auto Show

By  |  0 Comments

Hyundai-Elantra-GT-3

Hyundai turut mengambil tempat di Chicago Auto Show untuk menayangkan model Elantra GT 2016.

Model penambah baikan ini telah menerima padanan gril baharu dan rim aloi bersaiz 17-inci yang telah digaya semula.

Bagi bahagian dalamannya,tidak banyak perubahan yang ditampilkan melainkan corong penghawa dingin baharu pada tempat duduk hadapan yang lebih eksklusif. Model ini turut menerima pembaharuan bagi sistem hiburan dengan adanya HD Radio dan integrasi Siri. Pilihan tambahan turut ditawarkan dengan sistem Blue Link nersama elemen sambungan baharu seperti Remote Start dengan Kawalan Suhu dan Pencarian Destinasi oleh Google.

Hyundai-Elantra-GT-7

Elantra GT 2016 ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 173 hp dan tork 208 Nm. Ia dipadankan sama ada dengan transmisi manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan dengan kawalan pertukaran manual SHIFTRONIC.

Bakal mula dijual di Amerika Syarikat pada bulan hadapan, ia bermula dengan harga $18,800.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *