Tripda saran pengguna jalan raya berkongsi kenderaan pulang ke kampung

By  |  0 Comments

Carpooling reduces traffic congestion, travel costs & carbon footprint

Tripda, platform perkongsian kenderaan dalam talian, menyaran semua pemilik kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) ini untuk berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

Menurut PLUS, jumlah trafik yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dijangka meningkat sehingga 1.5 juta kenderaan pada Hari-Hari Puncak iaitu 18 dah 19, 21 dan 22 Feb.

Maka, Tripda percaya dengan program perkongsian kenderaan merupakan cara terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Malahan ia juga boleh mengurangkan kos di antara pemandu dan penumpang.

Program yang dianjurkan oleh Tripda ini diyakini selamat dan para pengguna boleh memuat turun aplikasi menerusi Apple App Store atau Google Play serta melayari www.tripda.com.my untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai program ini. Malah pengguna juga boleh mendaftar menerusi Facebook untuk menempah, mencari atau menawarkan perkongsian kenderaan dengan tarikh dan destinasi tertentu. Buat setakat ini, program yang dianjurkan Tripda adalah percuma.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *