Subaru BRZ 2015 boleh dimodifikasi sesuka hati…tetapi hanya di Jepun!

By  |  0 Comments

Subaru-BRZ-2015-2

Subaru telah pun memperkenalkan jentera BRZ 2015 di negara kelahirannya, Jepun. Jentera ini didatangkan dengan BRZ R Customize Package dengan elemen spesifikasi yang lebih ringkas, harga yang lebih rendah dan membolehkan para pelanggan memodifikasi jentera mereka mengikut kemahuan.

Walau bagaimana pun, Subaru masih tidak mendedahkan spesifikasi yang lebih lanjut cuma mengesahkan jentera ini mempunyai penghawa dingin.

Antara perubahan yang dilakukan termasuk dipadankan dengan casis yang lebih keras dan mantap serta menambah baik sistem stereng berkuasanya. BRZ baharu ini juga menampilkan kekemasan sutera perak pada bahagian roda stereng dan panel penukar gear.

Bakal mula dijual pada 16 April ini, BRZ 2015 berharga bermula ¥2,230,000 dan buat setakat ini, ia hanya untuk pasaran Jepun sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *