Subaru Outback & Levorg 2015 versi Euro bakal ke Geneva

By  |  0 Comments

Subaru-Levorg

Bagi menyertai Geneva Motor Show yang bakal berlangsung pada awal Mac ini, Subaru mengambil keputusan untuk membawa dua model terbaharunya iaitu Outback dan Levorg 2015 dengan kedua-duanya merupakan versi Eropah, untuk dipertontonkan.

Levorg, yang telah dilancarkan di negara kelahirannya, Jepun, pada tahun lalu, mungkin dijanakan oleh enjin 1.6 liter pengecas turbo (d170 hp/tork 250 Nm) atau pun 2.0 liter turbo (300 hp/400 Nm) bagi model spesifikasi Eropah ini. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi CVT yang menghantar kuasa pada sistem pacuan semua-roda. Namun sehingga kini, Subaru masih tidak mendedahkan perician mengenai mekanikal model ini.

subaru-outback

Bagi Outback pula, ia merupakan model yang sama yang pernah dipertontonkan di New York Auto Show pada tahun lalu dan dijangka bakal menembusi pasaran Eropah pada tahun ini juga. Seperti mana Levorg, Subaru belum mendedahkan lagi maklumat mengenai mekanikalnya.

Namun jika bagi model pasaran US, ia dijanakan oleh enjin 2.5 liter 4-silinder yang mampu memberikan kuasa sehingga 175 hp dan tork setinggi 235 Nm dan juga enjin 3.6 liter 6-silinder dengan kuasa 256 hp dan tork 334 Nm. Enjin berkenaan dipadankan dengan Lineartronic CVT yang menyalurkan kuasa pada kedua-dua gandar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *