Suzuki Malaysia anjur program panggil semula Swift 1.4

By  |  0 Comments

Suzuki Swift 1

Suzuki Malaysia Automobile telah menganjurkan program panggil semula (recall) model Swift 1.4 yang diproduksi antara 12 Mac 2012 dan 30 Oktober 2014. Ia melibatkan sebanyak 900 unit CBU dan 6,091 unit CKD.

Pemilik Swift 1.4 berkenaan diminta untuk menghantar kenderaan masing-masing bagi menjalani pemeriksaan sistem stereng dan jika perlu ditukar, tiada sebarang kos akan dikenakan. Walau bagaimana pun, model Swift 1.5 tidak terlibat dengan program panggil semula ini.

Program panggil semula ini berkuatkuasa serta-merta dan berlangsung sehingga 30 Januari 2016. Semua pemilik Swift 1.4 terbabit diminta membuat temujanji di mana-mana pusat servis Suzuki berhampiran dan untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi 1-300-88-6699 atay layari visit www.suzuki.net.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *