Ferrari 488 GTB meledak dengan enjin V8 turbo-berkembar

By  |  0 Comments

Ferrari-488-GTB-10

Setelah beberapa kali menyebarkan imej teaser mengenai jentera baharu yang bakal diperkenalkan, hari ini Ferrari memperkenalkan 488 GTB yang sebelum ini dikenali sebagai 458 M (Modificata).

Ferrari 488 GTB ini dipadankan dengan enjin 3.9 liter V8 turbo-berkembar yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 670 hp pada 8,000 rpm dan memuncakkan tork setinggi 760 Nm pada 3,000 rpm.

Tidak cukup dengan itu, jentera ini mampu dipecut dari 0-100 km km/j dalam hanya tiga saat, 0-200 km/j hanya 8.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 330 km/j.

Ferrari-488-GTB-1

Kuasa yang dihasilkan disalurkan pada gandar belakang menerusi transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan yang turutu menampilkan variable torque management, manakala nisbah gear pula telah diprogramkan untuk “menghantar pecutan agresif apabila pemandu menekan pedal pendikit secara maksimum”. Malah Ferrari juga telah memodifikasi ekzos 488 GTB ini untuk memberikan bunyi yang lebih padu.

Malah imejnya turut diberikan penggayaan yang lebih memukau, termasuk corong udara besar yang mengimbas kembali gaya yang pernah ditampilkan oleh model 308 GTB, dan ia telah dipisahkan dengan dua bahagian berbeza. Spoiler bahagian hadapan yang lebih lebar dan lampu belakang LED turut menyerlahkan lagi imejnya.

Ferrari-488-GTB-3

Menjengah bahagian kabinnya, rekaannya agak mirip dengan kebanyakan model Ferrari yang lain, namun ia telah menampilkan kluster kawalan satelit baharu, corong udara yang diposisi semula dan panel instrumen yang telah diberi gayaan semula.

Ferrari akan membawa 488 GTB ini ke pentas gemerlapan Geneva Motor Show awal bulan hadapan. Bukan itu sahaja, Ferrari turut mengesahkan versi Spider pula akan dipertontonkan di Frankfurt Motor Show pada September akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *