Tiada rancangan melanjutkan cukai pengecualian model hibrid CKD

By  |  0 Comments

Nissan Serena S-Hybrid4

Semasa pembentangan status terkini mengenai Dasar Automotif Negara (NAP) 2014, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed turut berkata, buat masa ini, masih tiada rancangan untuk melanjutkan cukai pengecualian bagi model kenderaan hibrid pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka tamat pada Disember 2015 ini.

Insiantif bagi model hibrid CBU (dengan kapasiti enjin terhad pada2.0L) dan kenderaan elektrik telah pun ditamatkan semasa pengumuman NAP 2014 awal tahun lalu. Walau bagaimana pun, untuk kenderaan pemasangan tempatan, ia telah diteruskan yang bakal ditamatkan penghujung tahun ini.

Ini menimbulkan banyak tanda tanya, apatah lagi melibatkan kehadiran beberapa model kenderaan hibrid CKD termasuk Honda Jazz Hybrid generasi terdahulu, Mercedes-Benz S 400 L Hybrid dan E 300 BlueTEC Hybrid, serta Nissan Serena S-Hybrid. Malah akan datang melibatkan model CKD seperti Toyota Camry Hybrid, Honda City Hybrid dan Jazz Hybrid serba baharu yang menanti giliran untuk dilancarkan pada tahun ini.

Oleh itu, pemain industri yang terlibat dalam skim ini pasti akan mencari pulangan yang lebih bermakna bagi pelaburan mereka di negara ini. Sementara masih ada masa lagi menantikan tempoh lanjutan yang akan diumumkan (jika ada), namun ia seakan tidak memberi ruang yang cukup bagi pihak pengeluar kenderaan terbabit bagi merancang memperkenalkan produk mereka yang biasanya mengambil masa lebih kurang setahun lebih awal.

Walau bagaimana pun, salah satu faedah yang bakal diperoleh para pengeluar yang telah memasang kenderaan hibrid di negara ini mungkin mampu mengekalkan harga yang sama walau pun selepas tahun 2015. Namun kemungkinan besar, ia bakal ‘menutup pintu’ bagi kemasukan model baharu ke pasaran tempatan.

Diharap MITI bakal mengumumkan perkhabaran yang lebih bermakna buat semua pemain industri yang memasang kenderaan hibrid di negara ini. Malah ia juga bakal memberikan kelebihan buat rakyat Malaysia apabila mampu membeli kenderaan hibrid dan EV ini dengan harga yang lebih berpatutan serta munasabah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *