Ford raikan Tahun Kambing dengan promosi kadar faedah 0.08% & rebat tunai

By  |  0 Comments

Ford CNY Promo from 7 Jan till 28 Feb

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang bertanggungjawab sebagai pengedar Ford di Malaysia telah mengumumkan Promosi CNY Ford (Ford CNY Promo) bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Promosi ini menawarkan kadar faedah serendah 0.88 peratus setahun dan rebat tunai untuk beberapa model terpilih. Ia sah mulai sekarang hingga 28 Februari 2015.

Semua pelanggan yang membeli model Fiesta, Focus, Kuga dan beberapa varian terpilih Ranger layak menikmati kadar faedah serendah 0.88 peratus. Rebat tunai sebanyak RM1,888 juga akan diberi kepada pelanggan yang membeli Focus. Sementara pembeli Fiesta 1.0L EcoBoost akan menerima rebat tunai berjumlah RM3,888.

Ranger_Ext_03

Sebagai tambahan kepada promosi CNY ini, promosi selepas jualan Ford pula menawarkan pemeriksaan multi poin secara percuma oleh juruteknik bertauliah Ford kepada semua pelanggan Ford. Di samping diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat-alat ganti dan minyak pelincir daripada Ford, Motorcraft dan Castrol.

Sah mulai 1 Februari hingga 31 Mac, promosi ini melibatkan semua model Ford. Ia boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM1,000 ke atas pembaikan mekanikal (pembaikan badan kenderaan dan akibat kemalangan adalah terkecuali daripada promosi ini). Ingin turut serta, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kupon e-mel di laman web: www.fordconsumer.com dan serahkannya di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *