IRDA terima dua EV dari COMOS bagi kegunaan rasmi

By  |  0 Comments

comos 266

Laporan Bernama hari ini menyebut, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah menerima dua kenderaan elektrik (EV) jenis Renault Zoe dari CMS Consortium Sdn Bhd (COMOS) bagi kegunaan rasmi di Iskandar Malaysia.

Majlis penyerahan kenderaan itu disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Pusat Informasi Iskandar Malaysia, di sini Isnin.

Pengerusi Eksekutif COMOS Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir menyerahkan kenderaan berkenaan kepada Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim.

Kenderaan terbabit disewa IRDA selama tiga tahun menerusi Pakej Pemajakan dan Penjenamaan Kenderaan Korporat COMOS.

Sementara itu, Ismail berkata keputusan menggunakan kenderaan EV itu adalah selari dengan komitmen pihaknya membangunkan Iskandar Malaysia sebagai kawasan metropolis hijau, sihat serta pintar.

Beliau berkata selain faktor alam sekitar, EV juga boleh digerakkan untuk melengkapi pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

“Sebenarnya, EV juga telah diperkenal dalam perkhidmatan yang dikenali ‘Ecoride’ dan diguna pakai di beberapa tempat antaranya Putrajaya,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *