Honda bangunkan sistem Kawalan Kelajuan Adaptif – Bakal diimplementasikan buat CR-V versi Euro

By  |  0 Comments

Honda CR-V Euro-spec

Honda telah membangunkan sistem Kelajuan Kelajuan Adaptif Pintar (i-ACC) yang merupakan sistem ramalan kawalan kelajuan pertama di dunia. Ia bakal diimplementasikan pada model CR-V versi Euro terlebih dahulu.

i-ACC membolehkan sistem ini meramal dan bertindak secara automatik sekiranya ada kenderaan lain yang memotong secara tiba-tiba. Sistem ini menggunakan kamera dan radar untuk mengesan kenderaan lain di atas jalan raya.

Ia juga menggunakan algorithma untuk meramal kebarangkalian kenderaan di sebelah atau berdekatan yang akan memotong kenderaan anda. Sekali gus membuatkan kenderaan anda akan bertindak sepantas mungkin, selamat dan lebih selesa.

Malah sistem i-ACC ini boleh mengesan situasi sebegini dalam tempoh lima saat sebelum ia terjadi. Apabila ia terjadi, sistem berkenaan akan pemberitahuan kepada pemandu dan akan membrek kenderaan secara perlahan. Honda juga berkata, ia akan membrek secara perlahan dan lebih lancar, berbanding dengan sistem kawalan adaptif konvensional yang lain yang membrek secara mendadak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *