Hyundai Sonata LF 2.0 miliki keseimbangan imej & prestasi

By  |  0 Comments

Sonata-Ext_010

Sebelum 2014 berakhir, Hyundai Malaysia sempat melancarkan model terbaharu Sonata pada 9 Disember lalu. Model generasi ketujuh Sonata ini mengambil masa selama tiga tahun untuk dihasilkan. Pastinya Hyundai mahukan ia lebih baik berbanding model terdahulu.

Bagi pasaran Malaysia, Sonata baharu ini ditawarkan dengan tiga varian iaitu Elegance B, Elegance dan Executive. Ia berharga (tanpa insurans) RM139,326.50 untuk Elegance B, RM145,767.50 bagi Elegance dan RM153,767.50 buat varian spesifikasi tertinggi iaitu Executive.

Minggu lalu InfoKereta.com berkesempatan menyertai sesi pandu uji Sonata baharu ini selama sehari. Pemanduan dari Saujana Kuala Lumpur menuju ke Port Dickson melalui jalan bandar, jalan kampung dan pekan kecil serta lebuh raya memberikan peluang untuk menguji sejauh mana keistimewaan model ini. Bergandingan dengan Jonathan James Tan dari Paultan.org, kami memandu varian Executive secara bergilir-gilir.

SonataExperience_Media_Day1_39

Dijanakan oleh enjin Nu 2.0 MPI, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 154 PS pada 6,200 rpm dan tork setinggi 194 Nm pada 4,000 rpm. Memacu Sonata ini di dalam apa jua kelajuan memang tidak mendatangkan masalah, ternyata ia mampu merangsang prestasi seperti yang dikehendaki.

Walau pun tidaklah begitu pantas memberikan prestasi sehebat beberapa pesaingnya namun ia tidaklah sampai memerlukan kerahan tenaga berlebihan. Enjinnya masih cekap menyahut cabaran untuk menzahirkan prestasi yang diingini.

Walau bagaimana pun, penulis terasa ada sedikit kekurangan pada transmisi automatik enam-kelajuan yang dipadankan ini. Ia tidak memberikan kekangan jika menggunakan sistem Kawalan Mod Pemanduan Normal, tetapi ada sedikit ‘rasa yang kurang kena’ jika memilih mod Sport. Apabila gearnya lambat respons dan akan ‘hold’ agak lama sebelum bertukar gear. Sedikit sebanyak membuatkan konsentrasi pemanduan sedikit terganggu dengan ‘bunyi’ kotak gear yang menjerit itu. Lainlah sekiranya menggunakan gear manual, bolehlah tukar gear bila-bila diingini.

Sonata-Ext_05

Menurut Hyundai, sistem Kawalan Mod Pemanduan ini memang akan mempengaruhi kecekapan stereng, penukaran gear dan respons pendikit. Malah mod Eco pula turut mempengaruhi penghawa dingin. Secara jujurnya, penulis berpendapat, mod pemanduan sebegini agak kurang sesuai diimplementasikan buat Sonata kerana secara normal sahaja ia sudah mampu mempamerkan prestasi dan pengendalian yang memuaskan.

Namun ada satu point yang cukup cemerlang buat Sonata ini ialah enjinnya senyap walau pun sedang beroperasi. Apabila kenderaan berhenti dan enjin masih hidup, sesekali penulis terasa seperti mahu menghidupkan enjin pula. Sebelum tangan pantas menekan butang penghidup enjin, tiba-tiba terdetik di hati, “enjinnya kan sedang beroperasi…” tersenyum seketika atas kekhilafan ini.

SonataExperience_Media_Day1_19

Memandu Sonata sama ada di jalan biasa mahu pun lebuh raya tidak banyak perbezaannya. Ia masih mampu melampiaskan kepuasan di dalam pemanduan. Penulis ingin memuji olengan badan Sonata ini, ternyata ia tidak menimbulkan rasa yang kurang selesa.

Walau dipacu pada permukaan jalan yang beralun, dan melalui selekoh, Sonata masih memberikan keselesaan yang optimum. Bukan sahaja pada pemandu, bahkan penumpang yang duduk di belakang juga juga turut merasai keselesaan yang sama.

Bagi Sonata baharu ini, suspensinya juga dipertingkatkan di mana bahagian hadapan mendapat menfaat daripada peningkatan tindak balas, sudut dan kestabilan stereng sementara bahagian belakangnya mendapat manfaat peningkatan kestabilan ketika memandu dan membelok pada kelajuan tinggi.

Sonata-Ext_06

Bagi menambahkan keyakinan yang lebih tinggi, Sonata ini turut menampilkan penyokong bawah kereta yang mempunyai rekaan terkini bagi menyumbang pada peningkatan prestasi suspensi dan ketegaran struktur yang lebih baik berbanding model generasi sebelumnya, menghasilkan kekuatan torsi sebanyak 41% dan kekuatan lenturan sebanyak 35% berbanding model yang lain.

Malah 51% daripada kerangka Sonata baharu ini diperbuat daripada Advanced High Strength Steel (AHSS) yang dua kali lebih kuat daripada plat keluli biasa.

Tidak mustahillah sekiranya pengendaliannya terasa lebih mantap dan optimum hasil peningkatan suspensi, kestabilan stereng dan kerangka yang lebih utuh.

Bukan itu sahaja, sistem breknya juga mampu memberikan responsif yang pantas. Ia mempunyai jarak berhenti yang boleh dikatakan terbaik dan meyakinkan. Prestasi brek yang linear dan keselesaan yang lebih tinggi, itulah jaminan daripada Hyundai sendiri.

Selain itu, misi Hyundai di dalam menghasilkan Sonata ini ialah mengurangkan bunyi jalan, getaran dan meningkatkan dinamik permanduan ternyata membuahkan hasil. Walau pun bukan pada tahap paling cemerlang, namun ia lebih baik berbanding model sebelumnya.

Bagi aspek keselamatan pula, Sonata baharu turut dilengkapi dengan ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Hillstart Assist Control (HAC), Kawalan Kelajuan Automatik dan enam beg udara buat varian Elegance dan Executive (hanya dua untuk varian Elegance B).

Menjengah bahagian kabin Sonata ini, tidaklah begitu banyak keistimewaan yang dilampirkan. Namun penulis cukup menyenangi ruang tempat duduk belakang yang boleh dikatakan luas termasuklah ruang kakinya. Malah ia dikatakan paling luas di antara model pesaing di bawah segmen yang sama.

Malah tempat duduk balutan kulit juga memberikan keselesaan yang didambakan. Bukan itu sahaja, bantalan sokongan lumbar menyokong belakang badan sangat sesuai untuk pemanduan jarak jauh.

Menurut Hyundai, Sonata baharu ini adalah 35 milimeter lebih panjang bagi memberikan lebih ruang kaki untuk penumpang belakang dan 30 milimeter lebih lebar berbanding generasi Sonata sebelumnya. Ini termasuklah ruang simpanan yang lebih besar iaitu merangkumi 462 liter.

Manakala susun atur di dalam kabinnya telah direka semula menjadi bentuk T melintang untuk memberikan kesan visual yang lebih luas dan kemas. Gugusan instrumen juga diringkaskan dengan meletakkan isyarat-isyarat paparan dengan fungsi yang hampir sama secara berdekatan.

Sonata-Int-015

Roda sterengnya juga mempunyai bentuk roda yang paling ideal, direka dengan teliti untuk memberikan keselesaan maksimum bagi setiap gaya pemanduan. Butang-butang kawalan direka supaya mudah dicapai dengan ibu jari tanpa perlu melepaskan tangan daripada roda stereng.

Ia juga menampilkan zon berkembar penghawa dingin, kunci pintar bersama butang penghidup enjin dan corong penghawa dingin pada tempat duduk belakang.

Selain itu, varian Executive turut dipadankan dengan bumbung panorama, Electronic Chromic Mirror (ECM), kamera undur, meter kluster Supervision dan perakam keselamatan pemanduan.

Untuk hiburan yang lebih optimum, varian Executive (dan juga Elegance) turut memiliki hab hiburan Audio Visual Navigator (AVN) pertama dalam kelasnya. Ia dikuasakan dengan sistem operasi Android 4.4.2 yang boleh diakses melalui panel paparan skrin sesentuh.

Malah anda boleh melayari Internet, memuat turun aplikasi menerusi Google Play, dan menggunakan apa jua aplikasi yang ada termasuk Waze serta Youtube. Sambungan Internet ini boleh didapati menerusi telefon bimbit pintar atau peranti hotspot MiFi.

Berkenaan dengan rakaan luaran yang dipertaruhkan, apa yang pasti elemen elegan cukup menonjol pada segenap ruang. Rekaan Sonata ini mendapat manfaat daripada penelitian bahasa rekaan Fluidic Sculture kepada 2.0 dengan memberikan penampilan estetik yang lebih menarik dan sentuhan premium.

Pada bahagian hadapan, gril radiatornya nampak sedikit lebar dan bersifat tiga dimensi, diitampilkan bersama lampu utama Bi-Xenon HID dan lampu pencahayaan siang.

Manakala bahagian belakangnya pula, lampu kombinasi, lampu kabus LED dan muffler yang tampak lebih agresif menambahkan lagi gaya.

Bertambah menarik dengan pemilihan rim aloi multi-spoke bersaiz 18 inci yang bukan sekadar tampil bergaya tetapi juga penting di dalam fungsi NVH bagi penyerapan bunyi dan getaran yang lebih optimum.

Selain itu, elemen luaran lain yang turut ditampilkan ialah pemegang pintu yang turut disertakan dengan welcome light, bilah pengilap cermin hadapan aero berserta pengesan hujan automatik.

Bahagian but kini dilengkapi dengan sistem Smart Trunk iaitu hanya berdiri berhampiran but dengan kunci pintar selama tiga saat dan penutupnya akan terbuka secara automatik.

Sonata menawarkan enam warna pilihan iaitu Ice White, Platinum Silver, Polished Metal, Remington Red, Dark Horse dan Phantom Black.

Diimport sepenuhnya dari Korea Selatan, ternyata Sonata mampu memberikan pilihan yang bijak buat pengguna yang ingin memiliki model sedan segmen-D. Malah bagi pembeliannya, pemilik pertama akan mendapat manfaat daripada program jaminan lapan tahun/300,000km. Jaminan pengeluar pula akan melindungi untuk lima tahun pertama manakala penjana kuasa (powertrain – bagi enjin dan kotak gear) akan mendapat perlindungan tambahan selama tiga tahun selepas itu.

Bukan itu sahaja, pembeli juga akan diberikan keahlian percuma selama tiga tahun untuk The Leader, khidmat concierge khas untuk pemilik model-model premium Hyundai. Ahli-ahli The Leader boleh menikmati kelebihan VIP seperti akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di Malaysia dan khidmat pemandu percuma untuk pergi ke atau pulang daripada KLIA, LCCT atau Subang Skypark.

Spesifikasi :

Enjin : Nu 2.0 MPI
Transmisi : Automatik 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 154 PS @ 6,200 rpm
Tork maksimum :194 Nm @ 4,000 rpm
Sistem suspensi : Topang MacPherson (hadapan)/ Multi-link (belakang)
Ukuran : 4,855 mm (panjang) x 1,865 mm (lebar) x 1,475 mm (tinggi) & 2,805 mm (jarak roda)
Kapasiti tangki bahan api : 70 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/bandarqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/dominoqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/qiuqiu/ https://www.i-escape.com/blog/rute/pkvgames/