Lexus GS F 2016 mempertaruhkan imej yang agresif – Bakal dipertontonkan di NAIAS

By  |  0 Comments

Lexus_GS_F_2016_1

Sebelum mempertontonkannya secara rasmi di North American International Auto Show (NAIAS) hujung minggu ini, Lexus telah mendedahkan imej model GS F 2016 untuk tatapan umum.

Tampil dengan imej hadapan yang lebih agresif bersama gril yang begitu menonjolkan, dipadankan dengan corong pengambilan udara dan lampu utama LED. Selain itu, ia juga dipadankan dengan dapra pengalihan udara, skirt sisi yang diperkemaskan, lampu belakang gelap, spoiler pada bahagian bonet belakang dan rim aloi bersaiz 19-inci.

Imej sporty bukan setakat merajai bahagian luaran, malah di dalam kabin juga menerima tempias gaya yang sama. Tempat duduk sport bersama dua tona warna dan kekemasan gentian karbon menjadi pilihan untuk rekaan dalaman.

Lexus_GS_F_2016_9

Lexus GS F 2016 ini juga diperhebatkan dengan enjin 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 467 hp dan tork setinggi 527 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan keupayaan mod penukaran madual.

Selain itu, bagi memberikan pengendalian yang lebih mantap, jentera ini juga memiliki Torque Vectoring Differential (TVD) dengan tiga mod berbeza iaitu Standard, Slalom dan Track. Manakala casis juga telah dipertingkatkan menjadi lebih keras dan suspensinya juga telah diberi talaan sport.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *