Harga baharu RON95, RON97 & diesel turun antara 30 hingga 35 sen mulai 1 Jan 2015

By  |  0 Comments

RON95

Menerusi tweet terbaharu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, sebentar tadi, beliau mengesahkah harga baharu bagi bahan api menurun, iaitu RON95 berharga RM1.91 seliter, diesel pula RM1.93 dan RON97 pula RM2.11. Harga baharu ini berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam 1 Jan 2015.

Ini bermakna RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen, manakala diesel pula turun 30sen.

Perkara itu turut telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sebentar tadi.

Pada 30 November lalu, harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. Manakala harga RON97 juga diturunkan iaitu sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter. Namun harga bahan api diesel pula dinaikkan sebanyak 3 sen seliter menjadi RM2.23 seliter.

Walau bagaimana pun, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Tweet Ahmad Maslan

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq