Juara Pengembaraan Isuzu V-Cross diumumkan

By  |  0 Comments

PICTURE 1

Pasukan Blue Hedgehogs yang dianggotai oleh Donovan Ng dan Balvinderjit Singh muncul sebagai pemenang Pengembaraan ISUZU V-Cross iaitu siri realiti 4×4 yang pertama di Malaysia. Ini ekoran tayangan episod terakhir siri realiti yang telah disiarkan dalam bentuk webisod setiap dua kali seminggu di saluran rasmi YouTube ISUZU D-Max Malaysia sejak 4 November 2014.

Kedua-dua pemenang tersebut telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. Majlis penyampaian hadiah cabaran berkenaan telah berlangsung di bilik pameran ISUZU D-MAX di Kepong.

Sungguhpun hanya mengenali satu sama lain buat beberapa bulan, namun semangat kerjasama antara mereka sangat baik sepanjang pertandingan. Tidak menghadapi konflik besar, rakan sepasukan ini meraih peluang keemasan dalam mempelajari tentang nilai sebenar suatu kepercayaan. Mereka mengakui kejayaan yang dikecapi tidak mungkin dicapai sekiranya tiada kepercayaan antara satu sama lain dalam menyempurnakan cabaran yang diberi.

rsz_isuzu_d3-671

Pengembaraan ISUZU V-Cross menyaksikan enam pasukan peringkat akhir menempuh cabaran yang menyeronokkan di pelbagai lokasi sekitar Ulu Slim dan Teratak, Perak menggunakan model ISUZU D-MAX V-Cross 3.0. Tiga finalis bertuah juga berpeluang berganding tenaga dengan Ben dan Hafiz daripada FlyFM serta pelakon Diana Danielle.

ISUZU merupakan jenama automotif pertama yang menganjurkan sebuah siri realiti di Malaysia bersempena dengan pelancaran model ISUZU D-MAX V-Cross dan varian ISUZU D-MAX V-Cross Safari baru-baru ini. Ia menerima sambutan penyertaan yang memberangsangkan dari seluruh negara menerusi penghantaran video uji bakat di laman web dan siri promosi jelajah pertandingan berkenaan, di samping inisiatif pengambilan peserta FlyFM.

rsz_isuzu_d3-205

“Tahniah kepada Pasukan Blue Hedgehogs. Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan ini kerana mereka terpaksa mempelajari bagaimana memandu sebuah kenderaan 4×4 semasa pertandingan berlangsung kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Prestasi ISUZU D-MAX V-Cross memberikan perbezaan yang ketara kerana teknologi terkini yang diterapkan dalam kenderaan tersebut telah membolehkan dua pemandu baru mencapai kejayaan,” kata Daisuke Ishida, Ketua Pegawai Operasi ISUZU Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *