Google perlu lagi masa untuk uji prototaip pertama kereta tanpa pemandu

By  |  0 Comments

Google self-driving car

Walau pun ia bukanlah suatu perkhabaran yang baru, namun teknologi yang cuba diimplementasikan ini memang mengagumkan. Google yang sedang dalam penghasilan kereta tanpa pemandu telah pun memperkenalkan prototaip pertamanya. Tidak seperti model replika asalnya iaitu tanpa kawalan manual dan lampu utama yang boleh berfungsi, model prototaip ini berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan di jalan raya.

Atas alasan keselamatan, model prototaip ini hanya boleh digunakan sejauh 40 km sejam, kini turut dilengkapi dengan roda stereng, brek dan pedal gas yang mengawal kelajuan enjin kenderaan mengikut standard yang ditetapkan oleh California bagi kereta pandu-sendiri.

Ini merupakan prototaip pertama yang dihasilkan untuk Google bagi menguji teknologi autonomi mereka. Di mana Google telah menguji teknologi mereka selama bertahun-tahun tetapi untuk pembuat kereta lain.

Menurut peraturan yang agak ketat yang ditetapkan oleh California, antara standard yang perlu diikuti oleh pembuat kereta bagi penghasilan kereta tanpa pemandu ini, antaranya pemandu mestilah ada (walau pun kereta ini dipandu sendiri tanpa pemandu), peka dan berada di tempat duduk pemandu sepanjang masa sekiranya mereka perlu mengawal sendiri kereta terbabit.

Di samping itu, pemandu terbabit juga perlu mempunyai rekod pemanduan bersih, menghadiri latihan rejim yang ditetapkan dan melaporkan kepada pihak majikan sekiranya terlibat dalam kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya di luar waktu kerja. Malah pihak syarikat juga perlu melaporkan adakah kereta yang menghadapi masalah ini disebabkan oleh kegagalan teknologi atau pun kecuaian pemandu itu sendiri.

Selain California, tiga lagi negeri di US yang turut membenarkan ujian pemanduan kereta sebegini ialah Florida, Nevada dan Michigan.

Dalam masa yang sama, Google mengesahkan model prototaip ini perlu diuji lagi di trek ujian sebelum bersedia diluncurkan di jalan raya California Utara pada tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq