Cadillac CTS-V 2016 menderu dengan 640 kuasa kuda!

By  |  0 Comments

Cadillac_CTS_V_2016_5

Bagi persediaan untuk ke North American International Auto Show (NAIAS) 2015 yang bakal berlangsung pada pertengahan Januari depan, Cadillac turut tidak ketinggalan untuk memperkenalkan model Cadillac CTS-V 2016.

Ia direka semula dengan menampilkan enjin 6.2 liter supercharged V8 yang mampu memuntahkan kuasa sehingga 640 hp dan tork setinggi 833 Nm.

Gabungan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan membolehkan sedan ini dipacu daripada 0-100 km/j dalam hanya 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 322 km/j.

Cadillac_CTS_V_2016_2

Bagi menampakkan imej yang mudah menambat hati, bahagian hadapannya digayakan dengan sifat peunh agresif termasuk penampilan gril dan corong udara yang besar.

Pada bahagian belakangnya pula, kelihatan fender yang agak lebar, skirt sisi yang memiliki ciri aerodinamik serta spoiler belakang yang melengkapkan imej sporty pada sedan ini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan empat paip bagi sistem ekzos dan rim aloi bersaiz 19-inci yang dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Super Sport.

Tidak lengkap dengan imej sporty yang dipersembahkan, ia turut menawarkan pakej gentian karbon bagi beberapa bahagian kerangkanya termasuklah hud corong udara, peresap belakang, spoiler dan front splitter bagi menambahkan lagi sifat agresifnya.

Malah bahagian kabinnya juga menerima bentangan ruang yang agak besar serta dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit separa aniline, tempat duduk hadapan sport, kekemasan gentian karbon dan meter digital kluster instrumen bersaiz 12.3 inci. Malah Cadillac CTS-V 2016 ini turut dilengkapi dengan sistem hiburan CUE, Perakam Data Prestasi dan sistem audio Bose.

Bagi memberikan kemantapan yang lebih jitu, bahagian kejuruteraannya telah menstrukturkan ketegaran sedan ini sebanyak 25%. Malah turut menambahkan suspensi talaan-sport, meningkatkan sistem stereng dan electronic limited-slip rear differential.

Selain itu, ia juga dipadankan dengan brek Brembo dan sistem Kawalan Pengendalian Magnetik yang telah diberi penambah baikan. Cadillac CTS-V 2016 ini juga mempunyai sistem Pengurusan Cengkaman Prestasi dengan empat mod berbeza iaitu Tour, Sport, Track dan Snow.

Cadillac CTS-V 2016 dijadual bakal dijual pada musim panas hadapan dan harganya akan diumumkan sebelum tarikh pelancarannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *