Volkswagen Golf GTE bakal tiba di pasaran Malaysia 2015 ini

By  |  0 Comments

Volkswagen_Golf_GTE_Malaysia_ 004

Sempena dengan acara pembukaan Volkswagen. Das Event malam tadi, Volkswagen Group Malaysia (VGM) turut mengumumkan model Volkswagen Golf GTE bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Berita ini disampaikan oleh Weiming Soh, Presiden Operasi Komersil, China/ASEAN.

Model Golf GTE ini merupakan ‘adik baharu’ di dalam keluarga Golf MK7. Ia menyertai barisan model Golf MK7 yang lain termasuklah GTI, GTD dan R, serta pernah dipertontonkan di Geneva Motor Show 2014 pada Mac yang lalu.

Gabungan kuasa plug-in hibrid yang dijanakan bersama enjin 1.4 liter TSI empat silinder pengecas turbo, Golf GTE ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 148hp dengan 101hp kuasa daripada motor elektrik. Sekali gus menawarkan kombinasi kuasa 201hp dan tork setinggi 349Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi DSG enam-kelajuan yang direka khas bagi aplikasi hibrid.

Bersama gabungan aspek sporty dan kelestarian, Golf GTE menawarkan prestasi luar biasa yang diwarisi daripada model Golf GTI dan sifar emisi apabila menggunakan E-mode. Dengan penggunaan bahan api hanya 1.5L bagi setiap 100 km dan jarak sejauh 939km dalam mod hibrid, Golf GTE mampu menawarkan kelajuan maksimum mencecah 222 km/j dan pecutan 0-100km/j dalam tempoh cuma 7.6 saat.

Der neue Volkswagen Golf GTE

Jentera hot-hatch ini juga tidak memerlukan sebarang struktur khas untuk mengecas, malah ia boleh dicaj penuh dalam tempoh kurang empat jam menggunakan soket konvensional.

Dengan kombinasi antara penggunaan bahan api, ia mampu mencecah 67km per liter mengikut New European Driving Cycle (NEDC). Sekali gus memberikan tangki penuh bahan api GTE mampu merangkumi sehingga 933km jarak perjalanan dan menghasilkan 33g per kilometer bagi kadar pelepasan karbon dioksida.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq