Ferrari Sergio hanya diproduksi untuk enam unit sahaja

By  |  0 Comments

Ferrari Sergio_1

Ferrari telah pun memperkenalkan model produksi bagi Sergio yang dihasil bagi memberikan penghormatan buat model Sergio Peninfarina. Malah model Sergio ini diproduksi berdasarkan model 458 Spider tetapi agak kurang ekstrem berbanding dengan model konsepnya.

Walau pun mengalami sedikit perubahan gaya, namun bahagian hadapan dan kekemasan hitam yang terbentang pada jentera ini telah diinspirasi berdasarkan model konsepnya. Model Sergio ini juga memiliki roll bar yang unik dan disambung dengan corong udara.

Pada bahagian belakangnya pula, terdapat penutup enjin pengaliran udara, lampu belakang berbentuk bulat dan sistem ekzos berkembar. Jentera ini juga dilengkapi dengan peresap belakang dan rim aloi Sergio.

Ferrari Sergio_2

Bagi ruang dalaman, ternyata ia lebih luas berbanding 458 Spider. Ia turut dilengkapi dengan tempat duduk sport Alcantara dengan jahitan kontras berwarna merah dan kekemasan gentian karbon. Menambahkan lagi elemen keunikannya dengan pemilihan roda stereng leper serta terdapat logo “Sergio” pada papan pemuka.

Ferrari Sergio_4

Ferrari Sergio ini dijanakan oleh enjin 4.5 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 605 PS. Ia mampu dipacu daripada 0-100 km/j dalam jangka masa tiga saat.

Hanya diproduksi dalam kuantiti yang terhad itu enam unit sahaja, di mana unit pertamanya telah pun selamat tiba di Yas Marina Circuit, Abu Dhabi, tempat berlangsungnya Finali Mondiali Ferrari yang sedang berlangsung, bagi majlis penyerahan kepada pembelinya iaitu SBH Royal Auto Gallery.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq