Skim Laluan Kontra di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mulai 8 Dis ini – LITRAK

By  |  0 Comments

LDP

Bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), ada pengumuman penting untuk anda yang disampaikan oleh LITRAK. Di mana mulai 8 Disember ini, pihak LITRAK akan memperkenalkan Skim Laluan Kontra untuk keselesaan pengguna lebuh raya dari arah Puchong/ Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya.

Berikut merupakan kenyataan akhbar seperti mana yang disiarkan menerusi laman web rasmi LITRAK :

Skim Laluan Kontra ini bermula dari KM21.0 (berhadapan bank UOB dan HSBC), selepas IOI Mall, Puchong dan pengguna dinasihatkan untuk mengambil lorong paling kanan untuk memasuki Skim Laluan Kontra. Berikutan perlaksanaan Skim Laluan Kontra ini, pengguna LDP dari Puchong/ Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya tidak akan melalui trafik yang padat di antara Puchong Jaya dan Plaza Tol Petaling Jaya (3KM) pada waktu puncak sebelah pagi. Laluan keluar khas bagi Skim Laluan Kontra ini ialah di KM18.0 dan ianya hanyalah untuk kenderaan ringan. (kereta sahaja)

Bagi tujuan kefahaman kepada pengguna lebuh raya, LITRAK telah mengeluarkan kaedah-kaedah pemberitahuan seperti berikut pada 1 minggu sebelum ianya dilaksanakan:

LDP-Contraflow

Screen Shot 2014-12-04 at 22.15.02

Screen Shot 2014-12-04 at 22.15.23

Laluan Kontra ini, bertujuan untuk memperbaiki pegerakan trafik di LDP dari Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya yang merangkumi penutupan sepenuhnya Plaza A di arah bertentangan dari Sunway. Oleh kerana itu, pengguna lebuh raya dari Sunway ke Puchong/ KESAS dikendaki menggunakan Plaza B.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK Sazally Saidi berkata usaha tersebut melibatkan persiapan yang rapi dan penggunaan tenaga kerja yang ramai di lokasi perlaksanaan.

“Kami telah melakukan penyelidikan terhadap skim ini sejak berbulan yang lalu dan pada asasnya laluan kontra ini dijangka berkesan. Kami berpendapat bahawa dengan adanya penambahan lorong untuk dari arah trafik Puchong Perdana /Putrajaya, pergerakan trafik di Puchong akan bertambah baik,” beliau berkata.

Tambah beliau adalah sesuatu yang biasa bagi mana-mana skim trafik baru di mana akan terdapat sedikit kerumitan pada peringkat permulaan dan pengguna lebuh raya akan memerlukan beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

“Untuk skop yang lebih besar, kami juga bergantung kepada kewaspadaan pengguna lebuh raya agar mematuhi papan tanda penunjuk arah dan berada di lorong yang betul untuk ke destinasi agar perlaksanan skim trafik baru ini berfungsi sepenuhnya,” ujar beliau.

Sazally berkata sistem trafik laluan kontra ini akan bermula pada 8 Disember (Isnin), 2014 dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Am.

Pasukan Ronda Lebuhraya LITRAK akan berada di lokasi-lokasi strategik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda di sepanjang laluan terlibat untuk kelancaran trafik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq