Kerajaan optimistik TPPA akan membantu meningkatkan peluang dalam sektor automotif

By  |  0 Comments

car-sale-img

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilihat mampu membantu meningkatkan lebih banyak peluang bagi menyokong dan melindungi industri tempatan termasuk automotif.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan bersikap optimistik bagi mencapai sasaran termasuk penetapan harga kompetitif dan kualiti kenderaan tempatan, laporan Bernama.

“Apa yang yang dilakukan, kita perlu bersikap kompetitif dan ini akan bergantung pada kualiti serta harga. Jika kualiti kenderaan tersebut bagus, maka kita boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan.”

“Kita tidak boleh memaksa pengguna membeli kenderaan buatan tempatan. Tetapi kita boleh menyakinkan mereka berhubung dengan soal kualiti ini,”ujar beliau selepas menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Zaitun Mat Amin di dalam Dewan Negara yang berlangsung semalam berhubung dengan TPPA.

Di mana Zaitun mahu mengetahui langkah yang bakal diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu industri automotif tempatan terutamanya Proton dan Perodua, selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) dan ia tidak akan terjejas disebabkan TPPA.

Mustapa menambah, “Secara peribadi, saya sendiri kurang berasa gembira dengan barangan Malaysia yang dieksport, terutamanya dalam sektor automotif, ia masih berada pada tahap yang rendah. Tahun lalu, kita hanya berjaya memperoleh RM900 juta nilai eksport berbanding dengan RM2 bilion bagi import.”

Perkara yang turut sama berlaku terhadap sektor komponen kenderaan yang hanya memperoleh RM4 bilion bagi produk tempatan berbanding RM8 bilion untuk import.

“Statistik ini menunjukkan cabaran terbesar bagi sektor kenderaan nasional untuk terus berdaya saing, di mana ia harus lebih kompetitif daripada segi kualiti dan harga,”ujar Mustapa lagi.

TPPA ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas yang membabitkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kanada, Australia, Jepun, Peru, New Zealand, Chile, Mexico dan Brunei.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq