Ford Explorer 2016 diperkenalkan sempena ulang tahun ke-25

By  |  0 Comments

Ford Explorer 2016_3
Sempena dengan ulang tahun yang ke-25, model facelift bagi Ford Explorer telah diperkenalkan di Los Angeles Auto Show.

Menerima bampar hadapan rekaan baharu, gril yang diberi penambah baikan dan lampu utama dengan gaya yang lebih menawan, pastinya menjadikan Explorer 2016 lebih menarik pada pandangan mata. Malah gayanya ditambahkan dengan kehadiran lampu belakang baharu dan spoiler yang diberi penambah baikan untuk mengurangkan daya seretan angin.

Bahagian dalamannya juga tampil dengan rekaan yang lebih berkualiti tinggi termasuklah pemilihan material yang lebih baik dan bahagian tengah dengan beberapa butang kawalan.

Ford Explorer 2016_7

Explorer 2016 ini turut memperkenalkan varian tertingginya, Platinum, yang tampil dengan lampu utama LED, plat berwarna perak, bumbung panoramik panel-berkembar dan rim aloi dua tona bersaiz 20 inci.

Malah model ini turut diperhebatkan penggayaan pada bahagian kabin, termasuklah menampilkan tempat duduk balutan kulit Nirvana, kekemasan kayuan satin dan stereng balutan kulit dengan haba panas.

Ford Explorer 2016_4

Lain-lain elemen yang turut ditambah ialah meter kluster digital, sistem audio Sony berkuasa 500-watt dan logo aluminium Ford pada roda stereng.

Explorer 2016 ini dijanakan oleh enjin 2.3 liter EcoBoost empat-silinder (sama seperti model Mustang 2015) yang menggantikan 2.0 liter EcoBoost pada model terdahulu. Ia boleh menghasilkan kuasa sekurang-kurangnya 270 hp dan tork 406 Nm.

Ia dijangka mula berada di pasaran pada musim panas tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *