JPJ teruskan operasi lampu HID, lampu strob & nombor pendaftaran

By  |  0 Comments

Menerusi laman media sosial FB rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), telah memaparkan kenyataan rasmi mengenai operasi bagi penguatkuasaan lampu HID dan lampu strob akan diteruskan, seperti yang ditetapkannya pada 1 November lepas.

Malah operasi nombor pendaftaran pula akan diteruskan dengan memberi fokus hanya terhadap pesalah yang melanggar undang-undang secara serius sahaja.

Menurut JPJ, penguatkuasaan dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan nombor pendaftaran, lampu HID dan strob adalah berlandaskan keutamaan terhadap pengguna jalan raya.

Dalam masa yang sama, JPJ akan meningkatkan usaha advokasi untuk memastikan masyarakat memahami akan pentingnya mematuhi garis panduan ini.

Operasi itu penting kerana maklumat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan kesalahan seperti melanggar had laju, melanggar lampu isyarat merah, penggunaan telefon sewaktu memandu dan lain-lain kesalahan memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya.

Di mana kamera penguatkuasaan pada masa ini tidak mampu mengesan pesalah-pesalah yang menggunakan nombor pendaftaran yang tidak menepati spesifikasi.

Maka, dengan ini diharap segala spekulasi dan kontroversi yang timbul ekoran kenyataan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, yang dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga mengundang tanggapan yang salah oleh orang ramai berakhir.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *