Penggunaan lampu jalan LED hanya untuk jalan raya baharu – Fadillah

By  |  0 Comments

Mercedes-Benz-A-45-AMG-47

Memetik laporan yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini, pemasangan lampu jalan menggunakan diod pemancar cahaya (LED) pada ketika ini hanya dikhususkan kepada jalan raya baharu atau penggantian lampu jalan lama tertakluk kepada keperluan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata terdapat keadaan itu disebabkan terdapat pandangan berbeza daripada pakar berkaitan mengenai penggunaan LED terutama dari aspek teknikal termasuk pencahayaan.

“Ada pakar yang mengatakan lampu sekarang (cahaya kuning) lebih sesuai untuk jalan raya, manakala LED (cahaya putih) sesuai untuk taman-taman perumahan kerana ia lebih terang.

“Kalau menggunakan kaedah sekarang (lampu kuning) pencahayaan lebih terbuka dan luas, berbanding lampu LED yang lebih fokus kepada satu-satu kawasan sahaja sehingga kita terpaksa gunakan tiang yang rendah agar pencahayaan lebih luas,” katanya kepada pemberita.

Menjelas lanjut, Fadillah berkata berdasarkan projek perintis pemasangan lampu jalan LED di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mendapati, lampu itu didapati kurang sesuai terutama ketika waktu hujan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah memaklumkan bahawa lampu jalan tidak dapat dipasang di sepanjang lebuh raya di negara ini kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi selain dikhuatiri memberi kesan kepada alam sekitar.

Beliau berkata pemasangan lampu jalan hanya difokuskan kepada lencongan atau kawasan yang berbahaya selain mempunyai trafik yang tinggi bagi mengelak sebarang kemungkinan termasuk kemalangan.

“Di mana-mana negara pun tiada lebuh raya yang mempunyai lampu jalan di sepanjangnya. Di Malaysia, kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan akan dipasang dengan garis pemantul cahaya sebagai tanda amaran.

“Kalau sepanjang jalan dipasang dengan lampu jalan, ia menyebabkan penggunaan bahan bakar yang banyak dan seterusnya menghasilkan serta mengeluarkan gas karbon dioksida yang akan mencemarkan alam sekitar,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *