Ford lancar pusat servis Quick Lane

By  |  0 Comments

Quick_Lane_logo

Berita baik untuk para pemilik kenderaan Ford di Malaysia. Di mana Ford telah mengumumkan bakal memperluaskan rangkaian khidmat pelanggan di Malaysia melalui pusat servis Quick Lane yang semakin dikenali di rantau Asia Pasifik. Ia merupakan hasil kerjasama dengan Sime Darby Auto Connexion dan dalam tempoh setahun ini akan melancarkan lapan pusat servis Quick Lane untuk mengendalikan rutin penyelenggaraan kenderaan dalam masa yang pantas termasuk servis menukar minyak hitam dan penapis, membaik pulih sistem brek, tayar, suspensi, sistem ekzos, penalaan dan penjajaran tayar.

Quick Lane dibawa masuk ke sini bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan di pusat servis supaya para pelanggan tidak perlu membuat temujanji dan menunggu lama ketika menanti kenderaan mereka diselenggara. Untuk makluman, pusat servis Quick Lane ini mula dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1998 dan kini sudah mula dikembangkan ke Asia Pasifik.

“Dengan adanya Quick Lane, ia akan membantu kami dalam memberikan servis terbaik buat para pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia. Kami juga mahu memastikan para pelanggan mendapat pengalaman yang memuaskan dalam perkhidmatan selepas jualan seperti mana yang disajikan oleh Ford di peringkat global,” ujar David Westerman, Pengarah Urusan Pemasaran bagi Malaysia dan Asia Pasifik, Ford Motor Company.

Pusat servis ini akan ditempatkan di dalam atau pun berhampiran dengan pusat jualan Ford. Malah ia juga akan dibangunkan di lokasi lain yang bersesuaian bagi memberikan kemudahan kepada para pelanggan.

Selain daripada kenderaan Ford, pusat servis Quick Lane ini juga akan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan untuk jenama dan model-model lain. Malah harga yang dikenakan di atas kos penyelenggaraan, tenaga kerja dan alat ganti tulen adalah sangat berpatutan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq