Hyundai Accent 2015 bakal tiba di pasaran US

By  |  0 Comments

Accent6

Hyundai telah pun mendedahkan model facelift bagi Accent dengan sedikit perubahan kecil pada imej dan elemennya.

Daripada sudut rekaan, model ini menampilkan gril radiator, lampu utama dan lampu belakang baharu. Bukan itu sahaja, ia juga tampil dengan rim aloi bersaiz 16 inci dan rim keluli 14 inci.

Accent7

Accent turut menawarkan tiga pilihan warna iaitu Vitamin C, Pacific Blue dan Misty Beige serta beberapa pilihan paten fabrik untuk kekemasan dalamannya. Malah skrin paparan LCD bagi audio juga telah diperkemaskan dengan fungsi yang lebih mudah bagi pengendaliannya.

Model Accent ini dijanakan oleh enjin aluminium 1.6 liter Gamma empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 138 hp dan tork 166 Nm.

Varian GLS dengan padanan transmisi manual enam-kelajuan berharga bermula USD$14,745. Manakala varian automatik pula dengan pertambahan harga USD$1,000. Varian spesifikasi tertinggi iaitu Accent Sport yang didatangkan dengan spoiler bumbung berharga USD$17,305 dengan kota gear manual dan USD$18,305 bagi transmisi automatik.

Hyundai turut menawarkan Popular Equipment Package dengan harga USD$600 bagi pertambahan elemen seperti roda stereng dengan kawalan audio, kawalan kelajuan, Bluetooth bagi penggunaan telefon bimbit dan pelarasan roda stereng.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *