Sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya di Tol Batu 3 & Sg. Rasau mulai 22 Nov

By  |  0 Comments

TOL SMART TAG N TNG

Pelaksanaannya sepatutnya bermula pada 1 September yang lalu, namun ditangguhkan. Kini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya akan bermula pada 22 November ini di Plaza Tol Batu 3 (Shah Alam) dan Sungai Rasau (Klang).

Hanya traksasi SmartTag, kad PLUSMiles dan kad Touch ‘n Go sahaja yang akan diterima di kedua-dua plaza tol. Ini bermakna tiada pembayaran tunai akan dibenarkan sama sekali untuk transaksi berkenaan.

smart-tag 093

Rebat sebanyak 30% juga akan ditawarkan pada masa bukan puncak (10 pagi-3.59 petang & 10 malam-5.59 pagi) dan 10% pada waktu puncak (6 pagi-9.59 pagi, 4 petang-9.59 malam) bagi Kelas 1 untuk kedua-dua plaza tol berkenaan.Tawaran ini berlangsung sehingga 31 Disember 2014.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid pernah memaklumkan, resit cetakan bagi transaksi pembayaran secara elektronik ini boleh dilakukan di dua lorong kiri pada kedua-dua tol berkenaan, bagi kedua-dua arah. Di mana penyata transaksi tersebut juga boleh dicetak menerusi e-Penyata.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq