Rebat 30 % kepada pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga & Sungai Rasau

By  |  0 Comments

TOL SMART TAG N TNG

Laporan yang disiarkan oleh BERNAMA petang ini mengatakan bahawa pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan terus menikmati rebat sehingga 30 peratus sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abdul Hamid melalui satu kenyataan berkata tawaran rebat yang diberikan sejak 1 Sept lepas dilanjutkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad Plusmiles, Touch ‘n Go atau SmartTag.

Rebat 30 peratus diberikan kepada pengguna yang membayar tol elektronik pada bukan waktu puncak iaitu antara 10 pagi hingga 3.59 petang dan 10 malam hingga 5.59 pagi, manakala rebat 10 peratus diberikan pada waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi dan 4 petang hingga 9.59 malam.

“Secara puratanya, pengguna yang tinggal di Klang dan berulang-alik ke Kuala Lumpur melalui kedua-dua plaza tol itu dapat berjimat lebih daripada RM40 sebulan apabila membayar tol secara eletronik pada bukan waktu puncak,” katanya.

smart-tag 093

Rebat itu telah dimanfaatkan kepada hampir 842,000 pemegang kad Plusmiles dan Touch ‘n Go yang layak untuk menerima rebat keseluruhan berjumlah RM1.2 juta pada bulan tersebut.

“Selain itu, orang ramai berpeluang mendapatkan SmartTag dengan harga promosi RM99 berbanding harga asal RM120 seunit selagi stok masih ada. Harga promosi diberikan kepada orang ramai yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang dan Setia Alam,” katanya.

Pengguna juga boleh mendapatkan kad Plusmiles dan Touch ‘n Go (dengan nilai prabayar RM5) dengan harga promosi RM5 di lorong-lorong tambah nilai dan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di keempat-empat plaza tol tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *