Malaysia bakal implementasi program Biodiesel B7 bulan hadapan

By  |  0 Comments

biodiesel-refuel-car

Selaku pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia selepas Indonesia, Malaysia bakal mengimplementasikan program Biodiesel B7 bagi menyokong sektor tersebut, mulai bulan hadapan.

Laporan yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini menyebut, usaha ini dilihat mampu meningkatkan pasaran domestik yang berasaskan biodiesel daripada kelapa sawit.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, implementasi ini sepatutnya bermula pada NOvember ini di Semenanjung, dengan Sarawak, Sabah dan Wilayah Labuan pada Disember. Di mana barisan kabinet telah pun meluluskan implementasi program B7 ini pada 17 Oktober yang lalu.

“Program B7 ini dijangka mampu menggunakan 575,000 tan daripada biodiesel. Di mana ia mampu menyumbang penjimatan sehingga 667.6 juta liter diesel setahun,”kata Uggah.

Beliau turut berkata, implementasi program ini mampu meletakkan Malaysia lebih jauh dengan negara-negara maju yang lain dalam penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

“Negara seperti Kesatuan Eropah juga telah mengimplementasikan B7 ini sejak tahun 2009, dan Thailand pula pada Januari Tahun ini. Manakala Indonesia pula dengan menggunakan B7.5 bermula Februari 2012 dan Colombia telah menggunakan B8 dan B10 berasaskan biodiesel,”katanya lagi.

Sambungnya lagi, implementasi program B7 ini juga menunjukkan usaha kerajaan ke arah penggunaan yang pelbagai dari minyak sawit mentah, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada diesel petroleum, serta pelepasan gas rumah hijau melalui sumber-sumber tenaga yang mesra alam.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *