Ferrari F60 ‘lahir’ sempena ulang tahun ke-60 Ferrari di Amerika Utara

By  |  0 Comments

F60America_proto_Pininfarina 3-4ant

Bagi meraikan ulang tahun ke-60 Ferrari di Amerika Utara, model F60America telah dihasilkan. Ia merupakan model edisi terhad dengan hanya 10 unit sahaja yang bakal diproduksi menerusi tempahan khas.

F60America dijanakan oleh enjin V12 yang mampu memacu daripada titik sifar ke 100 km/j dalam hanya 3.1 saat.

F60

Tampil dengan personaliti dan karakteristik yang tersendiri, F60America turut memiliki tema rekaan yang inovataif. Rekaan hadapannya termasuk gril tunggal tampil dengan gaya klasik Ferrari dengan kekemasan krom yang lebih sporty.

F60America_proto_Pininfarina (4)a

Bahagian dalamannya pula sarat dengan kekemasan material kulit yang berkualiti disulami dengan gentian karbon yang mencetuskan imej lebih elegan.

Malahan kekemasan kabin yang tampak eksklusif pada bahagian papan pemuka, corong penghawa dingin dan panel pintu juga melambangkan sifat kemewahan pada jentera ini. Motif bendera Amerika turut tertera pada bahagian tengah penyandar tempat duduk.

Pada bahagian tempat duduk pemandu, konsol tengah dan bahagian papan pemuka hadapannya dilatari warna merah garang, tanda warna rasmi Ferrari. Selebihnya warna hitam menjadi pilihan termasuk untuk tempat duduk penumpang di sebelah dan juga bahagian sekelilingnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *